Saturday 26 October 2013

Tip-tip Tangani Stress Anda

Assalamualaikum..apa khabar semua?bagi student macam saya mesti minggu nie korang sume tentu tengah tensionkan?yelahh..masing-masing tengah sibuk dengan assingment yang bertingket-tingket, quiz..midterm lagi..dan lagi parah dah pertengahan sem!duit PTPTN makin susut!bahkan ade yang dah abeskan?hadoii..mesti stress bila fikir-fikirkan pasal nie suma..ok!entri kali ini saya nak share pasal tip-tip untuk tangani stress dengan bijak. Jom kita sama-sama amalkan..^_^



Langkah 1 – Fahami Punca Stress
Kenapa kita stress?terlebih dahulu kita perlulah selidik punca yang menyebabkan kita stress. Kenal pasti dan cari masalah dalam diri satu persatu. Selain itu kita juga perlu mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
Senaraikan keutamaan untuk dilakukan. Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.Selain itu ia juga membantu kita agar tidak kelam kabut dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan pada waktunya.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
 Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah. Dapatkan pandangan rakan-rakan sekeliling untuk membantu kita menyelesaikan setiap permasalahan yang kita hadapi. Yang penting perlu tenang dan jangan kelam kabut! Itu akan memberi tekanan kepada kita.

Langkah 4 – Menangis
Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh. Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredarah darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.


Langkah 7 – Meditasi Atau Bertafakur.
Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.  Secara bertafakur dan bertenang kita boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga kita dapat ketegangan. Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah diri kita yang
sebenarnya dan apa yang kita inginkan.

Langkah 8 – Tahu Had Kemampuan.
Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri. Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu ditanggung.  Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya kita tidak terus-terusan tertekan. Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan dari orang sekeliling.

Langkah 9 – Berusaha Dan Berserah.
Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.  Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya. Jangan biarkan hidup kita  terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.


Langkah 10 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan kita sedia menerima sesuatu bencana. Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.


No comments:

Post a Comment