Tuesday 1 October 2013



           Hati. Satu perkataan yang cukup pendek tetapi mempunyai seribu satu maksud. Sukar ditaksir dan sukar diramal. Setiap tingkah laku bermula dari hati. Bak kata orang, baik “hati” seseorang itu maka baiklah perbuatan mereka dan sebaliknya. Bercakap soal hati tidak semua orang boleh faham. Masing-masing memunyai tafsiran yang tersendiri. Dan tak semua orang boleh selami apa yang ada dalam hati orang. Kita selalu menduga tapi telahan kita belum tentu betul. Kadang-kadang kerana hati jugaklah ramai manusia yang hilang arah, hilang pedoman..hilang hala tuju hidup. Semuanya kerana terlalu mengikut kata hati hingga terlupa untuk berfikir secara waras. Lupa nak fikir secara matang. Lupa nak fikir apa yang lebih penting yang perlu dibuat. Selalunya bila bercakap soal hati, kita akan selalu kaitkan dengan cinta. Cinta juga bermula dari hati. Allah titipkan rasa cinta dalam hati manusia untuk kita berkasih sayang..semuanya letaknya di sini, di dalam hati. Kerana hati yang mula merasa cinta, kita mula menyayangi seseorang. Kadang-kadang tanpa sebab. Buntu macam mana hati boleh menyayangi seseorang sedalam ini. Semuanya hadir dengan izin Allah..dengan kuasa Allah.

            Tapi bila segalanya tidak jadi seperti mana kehendak hati, kita mula rasa goyah rasa gelisah. Hati kita mula rasa sakit. Kita mula rasa sedih..senak..kita mula rasa ini tidak adil. Kita mula pertikaikan itu dan ini. Persalahkan sekeliling kita. Selalulah ingat kita tak kan selalunya dapat sama seperti mana yang hati kita nak. Kita kena didik hati ni terima segalanya dengan redha. Kita kena didik hati jangan cepat rasa goyah, jangan cepat melatah. Kita kena didik hati ni jadik kuat. Jadi penyabar. Jangan cepat marah..paling penting kita kena didik hati ni jadi orang yang ikhlas..sucikan hati. 

            Bila segalanya tak seperti kehendak hati, tariklah nafas dalam-dalam..hembus pelan-pelan..istifar banyak-banyak..jangan biarkan syaitan amik kesempatan membisikkan hasutan demi hasutan yang boleh memusnahkan diri sendiri.membuat kita menyesal kemudiannya. Fikirlah secara positif. Atasilah kesedihan hati dengan cara yang betul. Berfikir secara waras. Tiada  orang yang dapat lari dari rasa sedih. Ya, bersedihlah kerana itu rencah hidup. Sebab itu adalah antara rasa yang Allah bagi pada hambaNya. Rasa sedih, marah..geram, sakit hati..semua rasa itu ada pada semua manusia. Seperti pelangi yang mempunyai pelbagai warna. Yang muncul selepas hujan. Pelangi tidak akan muncul tanpa hujan. Begitu juga dengan kesedihan, yang pasti akan berakhir dengan kegembiraan. Yang membezakannya adalah macam mana cara kita hadapi semua rasa tu. Ambil positif. Bila rasa sedih, rasa hati sakit, menangislah jika menangis tu boleh mengubat duka untuk sementara. Tapi jangan buat benda bodoh sampai sudah tidak sanggup untuk hidup dan ingin bunuh diri..jangan! Ingat kita masih ada Allah. 



La Tahzan..percayalah Allah sentiasa bersama kita. Kita tidak akan di uji diluar kemampuan kita.  Kita diuji dengan pelbagai dugaan, pelbagai kesedihan, kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadaNya..dugaan besar mahupun kecil kita harus kembali kepadaNya dan merupakan nikmat bagi mereka yang menikmati dugaan tersebut. Ingat! Sesuatu yang terjadi itu  kita masih ada ramai lagi orang yang sayangkan kita. Kita masih ada masa depan. Mungkin hari ni Allah bagi kita rasa sedih sakit semua ini tapi kena percaya Allah pasti janjikan sesuatu yang baik untuk kita pada hari esok. Bersabar..kembali pada Allah. Mengadulah padaNya, menagislah sepuas-puasnya. Allah Maha Mendengar. Allah tidak kejam pada hamba-hambaNya. Besar ganjarannya buat hamba-hambaNya yang bersabar. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment