Saturday 26 October 2013

Tip-tip Tangani Stress Anda

Assalamualaikum..apa khabar semua?bagi student macam saya mesti minggu nie korang sume tentu tengah tensionkan?yelahh..masing-masing tengah sibuk dengan assingment yang bertingket-tingket, quiz..midterm lagi..dan lagi parah dah pertengahan sem!duit PTPTN makin susut!bahkan ade yang dah abeskan?hadoii..mesti stress bila fikir-fikirkan pasal nie suma..ok!entri kali ini saya nak share pasal tip-tip untuk tangani stress dengan bijak. Jom kita sama-sama amalkan..^_^



Langkah 1 – Fahami Punca Stress
Kenapa kita stress?terlebih dahulu kita perlulah selidik punca yang menyebabkan kita stress. Kenal pasti dan cari masalah dalam diri satu persatu. Selain itu kita juga perlu mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
Senaraikan keutamaan untuk dilakukan. Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.Selain itu ia juga membantu kita agar tidak kelam kabut dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan pada waktunya.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
 Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah. Dapatkan pandangan rakan-rakan sekeliling untuk membantu kita menyelesaikan setiap permasalahan yang kita hadapi. Yang penting perlu tenang dan jangan kelam kabut! Itu akan memberi tekanan kepada kita.

Langkah 4 – Menangis
Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh. Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredarah darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.


Langkah 7 – Meditasi Atau Bertafakur.
Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.  Secara bertafakur dan bertenang kita boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga kita dapat ketegangan. Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah diri kita yang
sebenarnya dan apa yang kita inginkan.

Langkah 8 – Tahu Had Kemampuan.
Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri. Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu ditanggung.  Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya kita tidak terus-terusan tertekan. Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan dari orang sekeliling.

Langkah 9 – Berusaha Dan Berserah.
Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.  Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya. Jangan biarkan hidup kita  terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.


Langkah 10 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan kita sedia menerima sesuatu bencana. Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.


Friday 25 October 2013

5 Jenis Jam Tangan termahal di Dunia

Entri kali nie saya nak kongsi mengenai jam tangan yang termahal di dunia! Hairan dan pelik juga kenapa manusia sangup berbelalanja dengan begitu banyak untuk membeli seutas jam..mungkin hobi atau ingin melambangkan prestij diri mereka..urmm..ntah bila saya plak dapat beli jam cenginie~!jom usha2 dulu..

1.Patek Philippe Sky Moon Tourbillon ($1.49 million)



2.Louis Moinet Magistralis ($868,000)


3.Vacheron Constantin Tour de l’Ile ($1.4 million)


4.Hublot Black Caviar Bang Watch ($1 million)


5.Blancpain 1735, Grande Complication watch ($800,000)


sumber: http://feedproxy.google.com/~r/IdeGueSihGiniKloKamu/~3/FRJGPkEvgqk/5-jam-tangan-termahal-didunia.html

Thursday 24 October 2013

Kenali istilah golongan kecelaruan jantina!

Masalah kecelaruan jantina masa kini kian meruncing. Golongan remaja sering kali dikaitkan dengan permasalahan ini. Pengaruh sekitar merupakan salah satu faktor golongan ini ramai terjebak. Disini saya sertakan beberapa istilah yang sering digunakan untuk mengenali golongan-golongan ini.

1.      Transgender: Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki.
2.      Tranvestit: Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki.
3.      Transeksual: Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.
4.      Homoseksual: Orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai Gay manakala wanita yang membuat hubungan seks dengan wanita disebut Lesbian. Lawannya ialah Heteroseksual, iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki. Ini adalah hubungan yang betul lagi normal dan dihalalkan oleh Islam melalui pernikahan yang menepati rukun-rukunnya.
5.      Bi-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.
6.      Tri-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.
7.      Pengkid: Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan Pengkid ada yang berpenampilann sebagai lelaki.

Golongan ini seharusnya mendapat perhatian yang tinggi oleh ibu bapa, masyarakat dan juga kerajaan. Mereka seharusnya diberikan perhatian yang lebih dan juga bimbingan agar dapat kembali ke pangkal jalan. Dalam skop agama islam juga melarang keras umatnya terjabak didalam kegiatan yang tidak bermoral ini dimana ia melangkaui fitrah mereka.

Firman Allah SWT

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)(QS As Syuara’ 165-166).


Tuesday 1 October 2013



           Hati. Satu perkataan yang cukup pendek tetapi mempunyai seribu satu maksud. Sukar ditaksir dan sukar diramal. Setiap tingkah laku bermula dari hati. Bak kata orang, baik “hati” seseorang itu maka baiklah perbuatan mereka dan sebaliknya. Bercakap soal hati tidak semua orang boleh faham. Masing-masing memunyai tafsiran yang tersendiri. Dan tak semua orang boleh selami apa yang ada dalam hati orang. Kita selalu menduga tapi telahan kita belum tentu betul. Kadang-kadang kerana hati jugaklah ramai manusia yang hilang arah, hilang pedoman..hilang hala tuju hidup. Semuanya kerana terlalu mengikut kata hati hingga terlupa untuk berfikir secara waras. Lupa nak fikir secara matang. Lupa nak fikir apa yang lebih penting yang perlu dibuat. Selalunya bila bercakap soal hati, kita akan selalu kaitkan dengan cinta. Cinta juga bermula dari hati. Allah titipkan rasa cinta dalam hati manusia untuk kita berkasih sayang..semuanya letaknya di sini, di dalam hati. Kerana hati yang mula merasa cinta, kita mula menyayangi seseorang. Kadang-kadang tanpa sebab. Buntu macam mana hati boleh menyayangi seseorang sedalam ini. Semuanya hadir dengan izin Allah..dengan kuasa Allah.

            Tapi bila segalanya tidak jadi seperti mana kehendak hati, kita mula rasa goyah rasa gelisah. Hati kita mula rasa sakit. Kita mula rasa sedih..senak..kita mula rasa ini tidak adil. Kita mula pertikaikan itu dan ini. Persalahkan sekeliling kita. Selalulah ingat kita tak kan selalunya dapat sama seperti mana yang hati kita nak. Kita kena didik hati ni terima segalanya dengan redha. Kita kena didik hati jangan cepat rasa goyah, jangan cepat melatah. Kita kena didik hati ni jadik kuat. Jadi penyabar. Jangan cepat marah..paling penting kita kena didik hati ni jadi orang yang ikhlas..sucikan hati. 

            Bila segalanya tak seperti kehendak hati, tariklah nafas dalam-dalam..hembus pelan-pelan..istifar banyak-banyak..jangan biarkan syaitan amik kesempatan membisikkan hasutan demi hasutan yang boleh memusnahkan diri sendiri.membuat kita menyesal kemudiannya. Fikirlah secara positif. Atasilah kesedihan hati dengan cara yang betul. Berfikir secara waras. Tiada  orang yang dapat lari dari rasa sedih. Ya, bersedihlah kerana itu rencah hidup. Sebab itu adalah antara rasa yang Allah bagi pada hambaNya. Rasa sedih, marah..geram, sakit hati..semua rasa itu ada pada semua manusia. Seperti pelangi yang mempunyai pelbagai warna. Yang muncul selepas hujan. Pelangi tidak akan muncul tanpa hujan. Begitu juga dengan kesedihan, yang pasti akan berakhir dengan kegembiraan. Yang membezakannya adalah macam mana cara kita hadapi semua rasa tu. Ambil positif. Bila rasa sedih, rasa hati sakit, menangislah jika menangis tu boleh mengubat duka untuk sementara. Tapi jangan buat benda bodoh sampai sudah tidak sanggup untuk hidup dan ingin bunuh diri..jangan! Ingat kita masih ada Allah. 



La Tahzan..percayalah Allah sentiasa bersama kita. Kita tidak akan di uji diluar kemampuan kita.  Kita diuji dengan pelbagai dugaan, pelbagai kesedihan, kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadaNya..dugaan besar mahupun kecil kita harus kembali kepadaNya dan merupakan nikmat bagi mereka yang menikmati dugaan tersebut. Ingat! Sesuatu yang terjadi itu  kita masih ada ramai lagi orang yang sayangkan kita. Kita masih ada masa depan. Mungkin hari ni Allah bagi kita rasa sedih sakit semua ini tapi kena percaya Allah pasti janjikan sesuatu yang baik untuk kita pada hari esok. Bersabar..kembali pada Allah. Mengadulah padaNya, menagislah sepuas-puasnya. Allah Maha Mendengar. Allah tidak kejam pada hamba-hambaNya. Besar ganjarannya buat hamba-hambaNya yang bersabar. InsyaAllah..